Thursday, 15 May 2014

Kaki Kipas

Halo.. Halo..Halooooo...

Assalammualaikum..

Entry hari ini KAKI KIPAS.. agak pedas dan mantap tajuknya. Dalam hidup ini kita tak akan pernah lari dengan Si Kaki Kipas mengunakan Kipas Saktinya itu. Mesti ramai dah tahu apa itu Kaki Kipas aka kaki bodek. Tapi aku nak bagitahu mengikut peribahasa melayu Kaki lepas ialah Menyanjung Dengan Bermotif.
adakah anda tahu bahawa kaki kipas lagi teruk dari kaki meja, kaki kerusi serta lagi busuk dari kaki LiPAS.
Berada di alam universiti ini aku adalah beberapa kawan yang bersifat kaki Kipas. Biasanya Kaki Kipas yang aku jumpa di sini ialah kipas orang besar berjawatan dalam sesuatu persatuan dan kipas pensyarah.
Tapi hari ni aku nak sentuh pasal kaki kipas pensyarah. Untuk sem ini ada satu krusus yang mewajibkan pelajar untuk menjalankan program. So kerana program inilah aku terjumpa kaki kipas yang beberapa ini.

Orang ni jenis yang tak nak buat kerja tapi hanya nak berurusan dengan pensyarah sahaja. Amboi.. Hang ingat hang tu diva ke???  kerja tak nak buat. kalau kau tu ketua tak paa la jugak. hang sama ja dengan kami semua pencacai tauk.
Yang lagi aku tak tahan dengan budak-budak ni, bila pergi metting dengan ahli group dia tak nak dengar pendapat orang lain. dah tu asik nak CANTAS idea orang lain je. dah cantas satu hal, tapi yang lagi satu hal lg bila metting dengan pensyarah macam dia paling bagus dari ahli group lain then cedok idea ahli lain dan bentang kat pensyarah..
Amboi.. aku tengok hang kecik besar ja time metting naa..
Aku cerita ni harap orang lain jangan lah ikot perangai DIVA diorang tu. Aku try cakap depan-depan kau tak nak dengar dok asik cantas aku. mentang-mentang aku tak selantang suara hang kau buat tak tahu je.
Aduhaiiii.. susahnya dapat kaki kipas pensyarah ini.. moral of the story tak nak aku jd groupmate kau lagi. maaf ye.
Sekiranya tulisan aku membuatkan orang lain terasa DO I CARE????!! Ibarat bila aku berbicara kau yang terasa KENAPA???

Wednesday, 14 May 2014

Bila aku ingin berbicara


Berdasarkan tajuk diatas membincangkan mengenai bila aku ingin berbicara.
Errk.. ayat diatas skema habis. Blog ni bukan untuk ayat karangan BM. Spm BM pun dapat 3B, so tak mampu aku menjadi penulis terhebat di blog. Malahan blog ini ditulis hanya untuk tontonan aku, ibaratkan diari.
Ehsan google image
Berbalik pada tajuk di atas, aku manusia biasa yang lahir sempurna serta mempunyai hati dan perasaan tentang dunia,tentang kehidupan, tentang diri aku sendiri. Aku seorang yang bukan suka menulis. Tetapi aku tetap ingin cuba menulis untuk meluahkan apa yang aku fikirkan kerana di dunia sebenar aku sering dipencilkan sehingga aku di anggap seperti bayang-bayang di sebalik pintu. (eh ada ke peribahasa tu??hehehe).
Sekiranya tulisan aku membuatkan orang lain terasa DO I CARE???!!! ibaratkan bila aku berbicara kau yang terasa KENAPA??